الحديد = al-Hadid (besi)

12:20 pm Unknown 0 Comments

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (25)

 ....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.


Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al-Qur’an kerana terdapat surah bernama Al-Hadiid yang bererti Besi. Mengapa Allah tidak mengemukakan unsur lain seperti Emas, perak, intan, permata dan unsur lain-lain yang lebih mahal di mata manusia?

Merujuk potongan ayat al-Quran di atas, perkataan “Anzalna”  ( أَنْزَلْنَا ) yang bererti “KAMI turunkan” ini khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, iaitu satu-satunya ayat tentang penciptaan atau adanya besi dibumi kita ini.

Perkataan ini dapat digunakan secara kiasan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk membawa manfaat yang besar bagi manusia, akan tetapi ketika kita menimbangkan makna Harfiah dari kata “Anzalna” ( أَنْزَلْنَا ) ini iaitu secara nyata diturunkan dari atas atau dari langit, maka ayat ini memiliki keajaiban dan Mukjizat ilmiah yang sangat penting.

0 comments: